Jumaat, 12 Julai 2013

rokok dan amalan sedekah



Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah hari ini telah 4 hari kita berpuasa. Alhamdullilah juga setelah 3 hari berpuasa saya baru menghabiskan sekotak rokok. Sepanjang berpuasa ini saya dapat menjimatkan belanja rokok saya dan rasanya bolehlah menjaga kesihatan jika mampu berhenti sangat-sangat saya gembira.Amin.

Saya boleh dikatakan seorang perokok yang kuat juga, sehari mesti sekotak jadi saya menghabiskan RM10.50 sehari untuk belanja rokok saya sahaja.Tapi bila bermula bulan ramadhan ini saya berjaya jimatkan belanja rokok saya.

Dengan penjimatan ini, saya mengambil keputusan untuk menyedekah duit penjimatan ini kepada yang memerlukan. Memang saya tidak mampu untuk bersedekah dengan banyak pada bulan yang mulia ini tapi sekiranya saya mampu membeli sekotak rokok yang harganya RM10.50 sehari tanpa henti kenapa pada bulan ini saya tidak             
                                                         mengekalkan budget rokok itu tetapi pergi ke sedekah.
                                                                                                                                                                                                                    
Jadi saya menyeru kepada kawan-kawan yang merokok, marilah kita bawa budget rokok kita yang kurang pada bulan ramadhan ini kepada amalan sedekah.Moga-moga dengan amalan ini kita mampu berhenti merokok. Amin

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan