Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan : erti bagi muslim dan non-muslim



Assalamualaikum wbt… dan salam sejahtera.
Esok 10-7-2013 adalah hari permulaan puasa bagi semua saudaraku yang beragama islam. Kedatangan bulan yang penuh berkat ini semestinya di nantikan oleh semua umat islam.

Para peniaga bazzar ramadhan sedang sibuk menyiapkan tempat, tukang-tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan yang semestinye berlambak-lambak. Inilah rezeki bulan ramadhan al-mubarak. Penjual-penjual mercun juga tidak ketingalan mendapatkan bekalanan dan order-order masing-masing selaris pisang panas.
Malah saya telah berbual dengan beberapa orang bukan muslim, mereka juga sangat gembira pada bulan ramadhan ini kerana beberapa perkara :-
1. bazzar ramadhan bagi mereka satu pesta makanan. Nak makan apa pun ada. Segala jenis kuih dan makanan ada.
2. Barangan di kedai mereka sangat laris. Macam yang di beli untuk di masak pada bulan ramadhan ini.Jualan kedai mereka mampu meningkat 2x ganda pada awal ramadhan dan bila nak raya meningkat melebihi 20x ganda.
3. Ada antara mereka cuba berpuasa atas sebab suka-suka nak cuba dan kesihatan.

Jika orang bukan islam cukup gembira dengan kedatangan ramadhan kenapakah ada juga saudara seagamaku yang mengeluh kerana takut lapar dan dahaga atau tidak tahan kerana tidak boleh merokok. Kepada saudaraku marilah kita memanafaatkan ramadhan ini untuk kebaikkan kita bersama. Allah SWT maha mengetahui dan apa yang difardukan adalah untuk kebaikkan kita hambanya.

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari dariku yang lemah ini, harap dimaafi.

Salam Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan