Jumaat, 12 Julai 2013

rokok dan amalan sedekah



Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah hari ini telah 4 hari kita berpuasa. Alhamdullilah juga setelah 3 hari berpuasa saya baru menghabiskan sekotak rokok. Sepanjang berpuasa ini saya dapat menjimatkan belanja rokok saya dan rasanya bolehlah menjaga kesihatan jika mampu berhenti sangat-sangat saya gembira.Amin.

Saya boleh dikatakan seorang perokok yang kuat juga, sehari mesti sekotak jadi saya menghabiskan RM10.50 sehari untuk belanja rokok saya sahaja.Tapi bila bermula bulan ramadhan ini saya berjaya jimatkan belanja rokok saya.

Dengan penjimatan ini, saya mengambil keputusan untuk menyedekah duit penjimatan ini kepada yang memerlukan. Memang saya tidak mampu untuk bersedekah dengan banyak pada bulan yang mulia ini tapi sekiranya saya mampu membeli sekotak rokok yang harganya RM10.50 sehari tanpa henti kenapa pada bulan ini saya tidak             
                                                         mengekalkan budget rokok itu tetapi pergi ke sedekah.
                                                                                                                                                                                                                    
Jadi saya menyeru kepada kawan-kawan yang merokok, marilah kita bawa budget rokok kita yang kurang pada bulan ramadhan ini kepada amalan sedekah.Moga-moga dengan amalan ini kita mampu berhenti merokok. Amin

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan : erti bagi muslim dan non-muslim



Assalamualaikum wbt… dan salam sejahtera.
Esok 10-7-2013 adalah hari permulaan puasa bagi semua saudaraku yang beragama islam. Kedatangan bulan yang penuh berkat ini semestinya di nantikan oleh semua umat islam.

Para peniaga bazzar ramadhan sedang sibuk menyiapkan tempat, tukang-tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan yang semestinye berlambak-lambak. Inilah rezeki bulan ramadhan al-mubarak. Penjual-penjual mercun juga tidak ketingalan mendapatkan bekalanan dan order-order masing-masing selaris pisang panas.
Malah saya telah berbual dengan beberapa orang bukan muslim, mereka juga sangat gembira pada bulan ramadhan ini kerana beberapa perkara :-
1. bazzar ramadhan bagi mereka satu pesta makanan. Nak makan apa pun ada. Segala jenis kuih dan makanan ada.
2. Barangan di kedai mereka sangat laris. Macam yang di beli untuk di masak pada bulan ramadhan ini.Jualan kedai mereka mampu meningkat 2x ganda pada awal ramadhan dan bila nak raya meningkat melebihi 20x ganda.
3. Ada antara mereka cuba berpuasa atas sebab suka-suka nak cuba dan kesihatan.

Jika orang bukan islam cukup gembira dengan kedatangan ramadhan kenapakah ada juga saudara seagamaku yang mengeluh kerana takut lapar dan dahaga atau tidak tahan kerana tidak boleh merokok. Kepada saudaraku marilah kita memanafaatkan ramadhan ini untuk kebaikkan kita bersama. Allah SWT maha mengetahui dan apa yang difardukan adalah untuk kebaikkan kita hambanya.

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari dariku yang lemah ini, harap dimaafi.

Salam Ramadhan.

Ahad, 7 Julai 2013

Pekida : melayu mudah lupa

assalamualaikum
renungi dan fahamilah.... dari seorang ahli pekida bercerita seorang cina berkata pada beliau
"mulut boleh tipu jari tidak boleh tipu"

orang cina pun tahu satu hari nanti di akhirat bila mulut di kunci dan tangan akan berkata dimana kaki akan menjadi saksi.

semua amal mak a'ruf nahi mungkar akan terjelas dan dibicarakan.

sesunguhnya yang baik darinya yang buruk dari kelemahan saya sendiri.harap dimaafi

wasalam...


Isnin, 1 Julai 2013

Program futsal



Sukan bola sepak merupakan sukan nombor 1 dunia.Apa kata jika kita jadikan ia sebagai meduim untuk berdakwah. Disini saya ada buat satu kertas kerja program futsal yang menyelitkan program keagamaan untuk para belia. Sudi-sudilah lihat dan gunakan….