Rabu, 26 Jun 2013

ANAK DERHAKA VS IBUBAPA DERHAKA



ASSALAMUALAIKUM WBT
Anak derhaka itulah perkataan yang sering kita dengar disebut-sebut oleh masyarakat. Inilah topik yang diceramahkan oleh ustaz-ustaz dan didedahkan oleh wartawan-wartawan media.Adalah amat jarang kita mendengar ustaz membincangkan hal ibubapa derhaka.
Saya berminat untuk membawa pembaca budiman semua untuk membaca cerita ini… 
Saya berharap agar ustaz-ustaz, penceramah-penceramah, NGO_NGO dan sesiapa sahaja untuk membincangkan topik hak-hak anak terhadap ibubapa. Anak-anak adalah kain putih yang dicorakkan oleh ibubapa.

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Assalamualaikum wbt.

Rabu, 19 Jun 2013

kenapa kita perlu sewa homestay?



KENAPA KITA PERLU SEWA HOMESTAY BANDING HOTEL.

1. MURAH

2. BOLEH DUDUK RAMAI

3. KEMUDAHAN DALAM RUMAH LEBIH SELESA

4.95% ADALAH UNTUK DISEWAKAN PADA ORANG ISLAM SAHAJA

5. DEKAT DENGAN TEMPAT YANG DITUJU

6. TIDAK ADA IKLAN MINUMAN KERAS

7. TIDAK ADA MINUMAN KERAS DALAM PETI SEJUK YANG DISEDIAKAN

8. LEBIH 90% PENGUSAHA ADALAH ORANG ISLAM

9. TERDAPAT DI MANA-MANA SAHAJA WALAUPUN DI CERUK KAMPUNG

10. MEMPUNYAI PELBAGAI TARIKKAN DAN SUASANA YANG BERBEZA

11. BOLEH MERASA SUASANA KAMPUNG

Rabu, 12 Jun 2013

payung dan hujan, melayu mudah lupa

pelangan melayu : tauke, kenapa harga payUng masa hujan RM12 masa tidak hujan RM10, mau untung lebih ke?

tauke : aiya lu melayu pun tarak tahu ke, pepatah melayu sudah cakap sediakan payung sebelum hujan.      
           Apasal lu  tarak mau ikut nasihat. Lu tak mau dengar itu nasihat lu rugi la.

Melayu mudah lupa       

 


Isnin, 10 Jun 2013

prestasi pelajar



Benarkan sistem pendidikan Melayu pada masa kini sangat teruk? Kenapakah pencapaian pelajar melayu juga tidak memuaskan? Jika diimbas kita akan mendapati keseluruhan pencapaian pelajar melayu di sekolah  kebangasaan dan pelajar yang belajar sekolah cina pastinya kita akan dapati pretasi sekolah cina adalah lebih baik berbanding sekolah kebangsaan.Kenapa situasi ini berlaku???
Guru yang disediakan oleh KPM adalah sama.Semua telah terlatih dalam bidang yang tertentu malah di tambah lagi kursus-kursus bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi guru. Sewajarnya prestasi semua pelajar adalah sama.
Kenapa masih juga prestasi pelajar Melayu, India dan bangsa lain jauh lebih lemah berbanding bangsa cina?
1.  Air
Pelajar cina akan bekal air semasa bila belajar. Semasa belajar otak perlukan rehat dan disejukkan. Oleh itu dengan minum air kosong akan akan rehat dan memudahkan penerimaan pembelajaran.
2. kelas tambahan
Pelajar bangsa cina akan memulakan kelas tuisyen dari tadika.
3. Perhimpunan
Ibubapa sekolah cina akan tunggu di pagar sekolah mendengar apa yang disampaikan oleh guru sekolah berkenaan bangsa lain mana ada buat begitu.
4. Lepas sekolah
Pelajar tidak dibenarkan keluar dari pagar sekolah sehinggalah ibubapa atau penjaga mereka datang.Sekolah lain habis masa pelajar berterabur balik.
5. PIBG
Mempunyai dana yang besar kerana ibubapa sangup membayar yuran yang tingi.Ibubapa juga kerap menderma kepada sekolah
6. Persatuan bekas pelajar dan persatuan luar
Sentiasa mengambil berat pencapaian sekolah lama mereka walaupun telah lama tamat persekolahan.
7. Penyemakkan kerja sekolah.
Ibubapa sentiasa menyemak kerja sekolah anak-anak mereka.
8. Kerja sekolah
Wajib diberikan setiap hari dan ibubapa akan memastikan anak mereka melaksanakannya.