Ahad, 25 Ogos 2013

CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Selasa, 20 Ogos 2013

Filem dan akidah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah serang kita telah memasuki bulan Syawal di mana kita merayakan kejayaan kita berpuasa sepanjang bulan ramadhan. Malah ada saudara kita yang meneruskan dengan puasa 6.

Pada bulan ini TV banyak menyiarkan rancangan-rancangan menarik untuk kita tontoni maklumlah bulan raya. Tapi adakah anda semua sedar akan bahaya rancangan TV terutama cerita HANTU.

Di bawah saya sediakan satu jadual cerita seram dan heronya.


melayu
cina
english
korea
jepun
india
thailand
islam
/






budha

/





pawang

/




/
kristian

/
/
/
/
/
/

Dari sini kita nampak bahawa adalah amat bahaya sekiranya filem ini ditonton oleh kanak-kanak kerana iman mereka masih lemah. Mahukah saudaraku  melihat anak anda memegang salib bila ketakutan. Semua ini boleh berlaku kerana pengaruh filem.
  
Jika 20 tahun dahulu kita ketawa bila orang bercerita kanak-kanak di US menunjukkan ayam dalam peti ais sebagai ayam dan ayam hidup dia tidak kenal. Dan fenomena ini telah pun ada di Malaysia sekarang, jangan sampai fenomena kanak-kanak islam takut memegang salib tiba di negara kita Malaysia.

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diriku yg lemah ini.
Maaf zahir batin…

Jumaat, 12 Julai 2013

rokok dan amalan sedekah



Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah hari ini telah 4 hari kita berpuasa. Alhamdullilah juga setelah 3 hari berpuasa saya baru menghabiskan sekotak rokok. Sepanjang berpuasa ini saya dapat menjimatkan belanja rokok saya dan rasanya bolehlah menjaga kesihatan jika mampu berhenti sangat-sangat saya gembira.Amin.

Saya boleh dikatakan seorang perokok yang kuat juga, sehari mesti sekotak jadi saya menghabiskan RM10.50 sehari untuk belanja rokok saya sahaja.Tapi bila bermula bulan ramadhan ini saya berjaya jimatkan belanja rokok saya.

Dengan penjimatan ini, saya mengambil keputusan untuk menyedekah duit penjimatan ini kepada yang memerlukan. Memang saya tidak mampu untuk bersedekah dengan banyak pada bulan yang mulia ini tapi sekiranya saya mampu membeli sekotak rokok yang harganya RM10.50 sehari tanpa henti kenapa pada bulan ini saya tidak             
                                                         mengekalkan budget rokok itu tetapi pergi ke sedekah.
                                                                                                                                                                                                                    
Jadi saya menyeru kepada kawan-kawan yang merokok, marilah kita bawa budget rokok kita yang kurang pada bulan ramadhan ini kepada amalan sedekah.Moga-moga dengan amalan ini kita mampu berhenti merokok. Amin

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan : erti bagi muslim dan non-muslim



Assalamualaikum wbt… dan salam sejahtera.
Esok 10-7-2013 adalah hari permulaan puasa bagi semua saudaraku yang beragama islam. Kedatangan bulan yang penuh berkat ini semestinya di nantikan oleh semua umat islam.

Para peniaga bazzar ramadhan sedang sibuk menyiapkan tempat, tukang-tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan yang semestinye berlambak-lambak. Inilah rezeki bulan ramadhan al-mubarak. Penjual-penjual mercun juga tidak ketingalan mendapatkan bekalanan dan order-order masing-masing selaris pisang panas.
Malah saya telah berbual dengan beberapa orang bukan muslim, mereka juga sangat gembira pada bulan ramadhan ini kerana beberapa perkara :-
1. bazzar ramadhan bagi mereka satu pesta makanan. Nak makan apa pun ada. Segala jenis kuih dan makanan ada.
2. Barangan di kedai mereka sangat laris. Macam yang di beli untuk di masak pada bulan ramadhan ini.Jualan kedai mereka mampu meningkat 2x ganda pada awal ramadhan dan bila nak raya meningkat melebihi 20x ganda.
3. Ada antara mereka cuba berpuasa atas sebab suka-suka nak cuba dan kesihatan.

Jika orang bukan islam cukup gembira dengan kedatangan ramadhan kenapakah ada juga saudara seagamaku yang mengeluh kerana takut lapar dan dahaga atau tidak tahan kerana tidak boleh merokok. Kepada saudaraku marilah kita memanafaatkan ramadhan ini untuk kebaikkan kita bersama. Allah SWT maha mengetahui dan apa yang difardukan adalah untuk kebaikkan kita hambanya.

Sesunguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari dariku yang lemah ini, harap dimaafi.

Salam Ramadhan.

Ahad, 7 Julai 2013

Pekida : melayu mudah lupa

assalamualaikum
renungi dan fahamilah.... dari seorang ahli pekida bercerita seorang cina berkata pada beliau
"mulut boleh tipu jari tidak boleh tipu"

orang cina pun tahu satu hari nanti di akhirat bila mulut di kunci dan tangan akan berkata dimana kaki akan menjadi saksi.

semua amal mak a'ruf nahi mungkar akan terjelas dan dibicarakan.

sesunguhnya yang baik darinya yang buruk dari kelemahan saya sendiri.harap dimaafi

wasalam...


Isnin, 1 Julai 2013

Program futsal



Sukan bola sepak merupakan sukan nombor 1 dunia.Apa kata jika kita jadikan ia sebagai meduim untuk berdakwah. Disini saya ada buat satu kertas kerja program futsal yang menyelitkan program keagamaan untuk para belia. Sudi-sudilah lihat dan gunakan….